Mengorak langkah...

Posted on 9:03 PM


Signboard SEMERAH HATI ENTERPRISE....
Bakal dipamerkan dalam masa yang terdekat...
cantik tak???
komen sikit....

Warga kerja KELAB KEUSAHAWANAN DAN SEMERAH HATI ENTERPRISE ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua Mahasiswa Universiti Darul Iman Malaysia.

PENJENAMAAN SEMULA

Posted on 4:15 AM
Sejak diawal penubuhan Kelab Keusahawanan UDM, motto Keusahawanan Kerjaya Pilihan merupakan motto yang digunapakai bagi meningkatkan semangat serta daya juang para ahli dan exco dalam usaha untuk memartabatkan Kelab Keusahawanan UDM yang baru setahun jagung penubuhannya.

Saudara Raja Suffian merupakan presiden pertama Kelab Keusahawanan UDM dan diikuti oleh saudara Ahmad Adib merupakan barisan hadapan yang banyak berjasa dalam memartabatkan Kelab Keusahawanan, banyak perit dan kepayahan dalam memartabatkan Kelab Keusahawanan UDM berjaya mereka atasi.

Kini usaha dan pengorbanan mereka mula membuahkan hasil..anak didik mereka mula mengorak langkah untuk mencipta kejayaan, sesekali tidak mungkin akan toleh kebelakang. Berkat doa mereka dan barisan kepimpinan terdahulu bagaikan mula dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah dibarisan baru...

Integriti Usahawan Bermaruah, Inspirasi Insan Terbilang mula diperkenalkan sebagi motto terbaru Kelab Keusahawanan sesuai dengan perkembangan dan kemajuannya. Seterusnya mula dipakai dalam surat-surat rasmi dan sebagainya.

Barisan kepimpinan sediada mengharapkan sokongan dan doa daripada anda semua agar keringat yang kami curahkan mendapat izin dan berkat daripada Allah SWT..InsyaAllah.

HEBAHAN KEPADA MAHASISWA

Posted on 7:07 PM
SEMERAH HATI ENTERPRISE

Sebuah perniagaan yang dijalankan oleh Kelab Keusahawanan UDM yang menjual segala barang2 keperluan pelajar. Jika anda berminat, anda boleh membeli saham semerah hati yang akan diumumkan kelak. Kami juga amat berbesar hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menjalinkan hubungan perniagaan bersama pihak kami.



SEMERAH HATI CONSULTANT

Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan seperti ceramah, bengkel, kursus dan seminar yang melibatkan hal2 yang berkaitan pendidikan dan keusahawanan.

**Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga semerah hati anda boleh datang sendiri ke Semerah Hati Enterprise yang bertempat di CAFE BARU UDM KAMPUS KUSZA dan boleh berhubung dengan unit pengurusan sumber manusia.



++ Mulai 5 Julai 2009, perkhidmatan sewa kereta akan mula beroperasi.


++ Mulai Ogos pula, perkhidmatan photostat dan printer dijangka akan mula beroperasi


++ Bermula pada 12 Julai 2009, pihak kami dengan kerjasama KELAB KEUSAHAWANAN DAN PERSATUAN SEJARAH akan membuka gerai jualan bunga dan seangkatan dengannya .Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan menempah bunga-bungaan untuk majlis rasmi dan keramaian seperti birthday party, majlis makan malam dan lain-lain. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan anda boleh menghubungi Unit Keusahawanan di talian 013-9966572;


SEKIAN, TERIMA KASIH

PENGURUS PROMOSI DAN PEMASARAN
NUR AZLIN BT MANGSOR

aktiviti-aktiviti KKU Februari - April 2009

Posted on 6:45 AM In:
Malam Usahawan Siswa


Tujuan Malam Usahawan Siswa ini diadakan adalah untuk mengumpul semua ahli Kelab Keusahawanan UDM untuk mengumumkan satu berita yang bakal menarik minat ahli KKU dalam bidang keusahawanan.Majlis tersebut telah diadakan pada 21 Februari 2009 bertempat di Dewan Kuliah Utama ( DKU ) UDM Kampus Kusza.kira-kira 150 ahli KKU hadir pada majlis tersebut. majlis tersebut telah dihadiri oleh En Fauzan Bin Anuar selaku pegawai di Unit Keusahawanan, Alumni & Urusetia Tatatertib HEPA UDM.

pengumuman tentang penjualan saham dan pembukaan Kiosk KKU amat diterima baik oleh ahli KKU.Pada malam itu ramai yang bertanyakan soalan dan berminat untuk menyertainya.Pembentangan Rancangan Perniagaan tentang Kiosk KKU juga telah dibentang oleh Nurul Aini Muhalip, Siti Asmaa' Hashim, Muhammad Norsyahidin dan Zul Aman Mohd Ghazi.

Selepas itu , penyampaian hadiah untuk pertandingan Catur Bistari telah disampaikan oleh Encik Fauzan

Majlis Penyerahan Sijil Mantan KKU ( 2008/2009)


satu majlis penyerahan sijil dan sedikit jamuan makan telah diadakan pada 14 Mac 2009 di cafe asrama baru . Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan mantan-mantan yang banyak berjasa terhadap pembangunan KKU.Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mantan dan exco-exco baru KKU selain dapat bertukar-tukar pengalaman dalam gerak kerja KKU

Hi Tea Usahawan


Satu program yang julung-julung kali diadakan untuk mengeratkan hubungan antara exco-exco Usahawan dan Kerjaya kelab dan persatuan di UDM telah diadakan pada 27 Mac 2009 bertempat di blok Uthman 01.Majlis yang diberi nama 'Hi Tea Usahawan' bertujuan membincang dan menyumbang idea berkaitan keusahawanan dan mencari resolusi bagi menyatukan exco keusahawanan di bawah naungan Kelab Keusahawanan UDM. Ia juga bertujuan mewujudkan satu rangkaian yang kukuh antara Kelab Keusahawanan dengan kelab dan persatuan yang terdapat di UDM.

Majlis ini telah dihadiri oleh pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, Engku Ibrahim dan juga Exco Keusahawanan dan Kerjaya MPP UDM, Syarifah Khadijah

Engku Ibrahim telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam mengembangkan dan memupuk budaya keusahawanan di UDM.

Presiden KKU telah menerangkan tujuan majlis diadakan dan mengharapkan kerjasama daripada semua kelab dan persatuan di UDM dalam program-program keusahawanan yang akan dianjurkan oleh KKU kelak

Penjualan Saham Dan Temuduga Pekerja


selama 3 hari,kaunter penjualan saham telah dibuka di Cafe Asrama baru.ramai pelajar yang berminat dan bertanyakan faedah membeli saham di kiosk KKU.harga saham seunit adalah RM 20


Selain itu, temuduga untuk pekerja kiosk KKU telah dijalankan untuk memilih pekerja yang layak bekerja

Gerai Jualan di Expo Kerjaya 09



KKU telah membuka sebuah gerai di Expo Kerjaya 09 yang dianjurkan oleh kelab Perakaunan UDM.Menu istimewa yang dijual di gerai KKU adalah popia pisang coklat dan air tropical punch yang mendapat sambutan hangat dari Pelajar-pelajar UDM

gambar dari : blog Siti Asmaa' Hashim

PERTANDINGAN CATUR BISTARI PERINGKAT UDM SESI 2008/09

Posted on 6:02 PM In:


Pada 20 Februari 2009 bersamaan 24 Safar 1430H telah berlangsung pertandingan catur bistari peringkat Universiti Darul Iman Malaysia yang julung-julung kalinya di adakan bertujuan memupuk semangat dikalangan peserta untuk mencebur dan berjuang dalam bidang keusahawanan ini. Pelbagai agensi seperti agensi kerajaan dan swasta telah menganjurkan program ini kerana permainan catur bestari ini amat memberi impak dan kesan yang positif kepada pemainnya. Selain itu melalui pertandingan ini dapat menjalinkan persefahaman dan hubungan silatulrahim di kalangan mahasiswa/wi UDM secara amnya.

Tema yang dipilih ialah “KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN” bertujuan menjadikan program ini sebagai platform kepada mahasiswa/i UDM untuk lebih mengenali bidang keusahawanan yang sememangnya menjanjikan masa depan yang cerah. Di samping, melahirkan minat mahasiswa/i untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.



Antara objektif pertandingan catur bistari peringkat Universiti Darul Iman Malaysia ialah:
1. Memberi pendedahan berkaitan cabaran dan peluang dalam bidang keusahawanan
2. Memberi pengalaman maya yang relevan berkaitan jatuh dan bangun sesuatu bidang yang diusahakan
3. Memupuk semangat ingin memajukan diri dengan menyertai bidang keusahawanan yang kian mendapat sambutan dalam kalangan graduan.


Majlis dimulakan dengan pendaftaran kehadiran peserta-peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UDM. Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10 bagi setiap kumpulan dan terdapat sembilan kumpulan yang terdiri daripada empat orang peserta dan jumlah keseluruhan peserta seramai 36 orang.

Setelah semua peserta mangambil tempat, majlis dimulakan tepat jam 2.30 petang hingga 6.30 petang. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah program dan bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat pertandingan oleh pengarah program merangkumi cara bermain, syarat-syarat permainan dan maklumat yang berkaitan dengan permainanan catur bistari. Pengarah program juga turut memberitahu kelebihan bermain catur bistari ini, antaranya dapat mengetahui selok-belok perniagaan secara maya dan asas keusahawanan.



Pengarah program juga turut memberi taklimat kepada semua banker yang perlu menjaga kewangan setiap kumpulan. Permainan dimulakan pada jam 3.00 petang dan berterusan sehinggga jam 4.15 petang. Masa diberi selama 15 minit untuk berehat dan disambung semula pada jam 4.20 petang dan selesai pada jam 6.00 petang.

Sebelum majlis ditutup, pengarah program dan para hakim mengira markah bagi menentukan pemenang bagi setiap kategori dan kumpulan. Pengarah program juga turut menyatakan rasa berbesar hati kepada semua peserta kerana menjayakan program ini.

Maklum balas peserta
• Majoriti peserta yang hadir berpuas hati dengan program ini memandangkan banyak pengalaman baru yang mereka perolehi.
• Peserta juga dapat menambah kefahaman mereka mengenai keusahawanan disamping para peserta seronok bermain.

Barisan kepimpinan Kelab Keusahawanan UDM sesi 2008/2009

Posted on 4:18 PM In:
SENARAI BARISAN KEPIMPINAN KELAB KEUSAHAWANAN
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA SESI 2008/2009

YANG DIPERTUA

Shazafudin B Suhaimi
Ijazah Sarjana Muda Syariah
Perlis

TIMBALAN YANG DIPERTUA

Muhammad Norsyahidin B Abu Hasan
Diploma Pemasaran
Terengganu

NAIB YANG DIPERTUA

Haziqah Auni Bt Helmi
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian)
Selangor

SETIAUSAHA AGUNG 1

Tengku Fatma Bt Tengku Yusof
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
Kelantan

SETIAUSAHA AGUNG 2

Ummu Balkhis Bt Ibrahim
Ijazah Sarjana Muda Syariah
Negeri Sembilan

BENDAHARI KEHORMAT 1

Mohd Hazim B Che Mahdi
Diploma Sejarah dan Tamadun Islam
Kelantan

BENDAHARI KEHORMAT 2

SITI ASMAA' BT HASHIM
Diploma Perbankan
Selangor


EXCO PUBLISITI DAN PENERANGAN :

1. Zulhilmi B Hussin
2. Azimah Bt Abdul Aziz

EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN:

1. Zul Aman B Mohd Ghazi
2. Nurul Aini Bt Muhalip


EXCO MODAL INSAN DAN PEMBUDAYAAN :

1. Abdul Latif B Mohd Zain
2. Nurul Adilah Bt Mohd Fatlilah


EXCO INTELEKTUAL DAN PENYELIDIKAN :

1. Mohamad Firdaus B Ahmad
2. Aini Munirah Bt Mustapa Kamal


EXCO HUBUNGAN LUAR DAN HAL EHWAL MASYARAKAT :

1. Muhammad Luqman B Ismail
2. Akmal Syahirah Bt Ibrahim

EXCO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

1. Fakhrul Razi B Mustaffa Kamal
2. Al-Bukhari B Razali

EXCO HAL EHWAL MAHASISWA DAN ALUMNI :

1. Mohamad Faisal B Ramli
2. Inawati Bt Abdullah

KONVENSYEN DAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA IPTA ( KARNIAWAN ) 2009

Posted on 10:38 PM In:
KONVENSYEN DAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA IPTA
PESERTA : 18 ORANG ( TERMASUK 2 PEGAWAI )
TARIKH : 7 – 11 JANUARI 2009
TEMPAT : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Konvensyen dan Karnival Keusahawanan merupakan program dwi tahunan yang melibatkan semua IPTA yang terdapat di Malaysia yang menemukan ramai pemimpin dan pencinta bidang keusahawanan. Seperti kebiasaanya, Universiti Utara Malaysia (UUM ) telah dilantik untuk menjadi tuan rumah pada KARNIAWAN ke 6 ini setelah Universiti Putra Malaysia pada tahun sebelumnya. Banyak aktiviti yang dijalankan pada KARNIAWAN tahun ini, antaranya ialah Pembentangan Kertas Kerja Keusahawanan, Bual bicara Keusahawanan, Keusahawanan Asean dan terdapat juga beberapa pertandingan yang dipertandingkan seperti Booth terbaik, Jejak Usahawan, Catur Bestari, Projek Keusahawanan Siswa, Pertandingan Rancangan Perniagaan Terbaik dan lain-lain lagi. Terdapat lebih daripada 10 IPTA yang bertanding untuk mendapat gelaran juara,walaubagaimana pun, pengalaman yang diperoleh pada KARNIAWAN pada kali ini bagai memberi nafas baru kepada barisan pimpinan usahawan UDM mencuba yang terbaik pada masa akan datang.

Booth Terbaik


• Seramai 6 peserta diperuntukan untuk pertandingan ini, peserta diminta untuk menjual barangan untuk mendapatkan keuntungan. Pelbagai aspek dinilai sebelum pemenang dinobatkan antaranya persembahan, kreativiti, kejurujualan dal lain-lain.




Pembentangan Rancangan Perniagaan





• Seramai 5 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pembentangan Rancangan Perniagaan bertujuan untuk mendapatkan pinjaman dari mana-mana institusi kewangan seperti bank dan sebagainya. Antara aspek yang dinilai ialah persembahan, kreativiti, kebolehmajuan dan sebagainya

Catur Bestari
• Seramai 4 orang peserta yang menyertai pertandingan catur bestari. Permainan ini melibatkan pelbagai aspek keusahawanan yang perlu dipraktikan serta perlu mempunyai strategi yang berkesan untuk memenangi sesuatu pertandingan.

Projek Keusahawanan Siswa
• Program ini tidak disertai oleh wakil UDM, walaubagaimana pun pemerhati telah dihantar bagi mendapatkan input dan maklumat bagi memudahkan penyertaan pada masa akan datang.

Jejak Usahawan


• Seramai 4 orang peserta yang menyertai aktiviti ini, aktiviti yang berkonsepkan explorace ini sememangnya menguji kekuata mental dan fizikal para peserta.


blog KKU

My Photo
Kelab Keusahawanan UDM
Blog ini bertujuan memberi maklumat kepada ahli-ahli KKU tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan akan dijalankan oleh KKU. Ia akan dijadikan satu platform untuk berhubung terus dengan ahli-ahli KKU. Ahli- ahli KKU digalakkan melayari blog ini untuk mengetahui perkembangan semasa aktiviti-aktiviti KKU
View my complete profile

email

kku_udm[at]yahoo.com

hari ini

Kategori

FAKTA USAHAWAN


Hadis nabi
”9 daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan”

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
“Seseorang peniaga yang jujur dan amanah akan bersama Nabi-Nabi, para Siddiqin dan para Syuhada

usahawan muslim


Pendekatan yang digunakan oleh kelab untuk menerajui kelab dalam membentuk usahawan yang berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Individu Muslim yang bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya perlu melengkapkan diri dan memberi penekanan kepada tiga asas iaitu:
a) Akidah
b) Syariah
c) Akhlak
Tiga perkara tersebut perlu difahami dan dipelajar bersungguh yang mana ia adalah daripada ilmu fadhu ain yang diwajibkan kepada setiap muslim untuk menghasilkan tonggak kekuatan keperibadian individu muslim yang melibatkan diri dalam kerjaya keusahawan

idea anda


Free chat widget @ ShoutMix